SUKA MAKAN TAPI NAK KURUS?

SILA BACA KALAU SUKA KARANGAN PANJANG.
TAK SUKA KARANGAN PANJANG, BOLEH SKIP.



Kaksher tau. Ramai orang nak start Intermittent Fasting tapi tak tau macam mana cara kan? 
Meh kaksher share cara kaksher.

Diingatkan sekali lagi.
INI CARA KAKSHER.

Nak ikut silakan.
Taknak sila diam.




Mula mula kena join dulu FB Intermittent Fasting Malaysia.
Baca dulu apa yang patut.
Study dulu apa itu IF dan proses proses yang perlu.
Baca jugak kejayaan orang yang buat IF ni.


Jangan malas BACA. Susah asyik nak bersuap je ni. Amboi diaaaa


Sebulan sebelum kaksher nak start IF, kaksher tolak dulu minum dan makan manis. Sebab apa? Sebabnya gula ni macam dadah. Kau tinggal drastik, memang akan jadi ketagih ya amat. Kejap kejap teringat. So apa kaksher buat, buang dulu gula dalam makan dan minum.

Kenapa sebulan
Sebab nak buat slowly.
Sikit sikit buang


Gula yang macam mana Kaksher?
Gula yang dalam makanan minuman ni macam air manis, air gas, kuih muih, cake, and apa2 yang sewaktu dengannya la eh.

Kaksher cuma amik gula dalam buah sahaja.

Eh kaksher. Nasi pun ada gula.
Ye tau tau.
Tapi baca balik apa kaksher tulis
Gula yang kita buat sahaja.
Gula yang boleh rasa manis.
Yang bila makan kau akan rasa nak lagi sebab sedap.

Nasi tu kau makan gitu saje rasa sedap lemak berkrim tak?
Takkan?
So bukan.


And baca balik yang kat atas kaksher tulis apa.
Ini ialah cara kaksher.


Ok berbalik pada cerita.

So bila dah ok tak de gula dalam rutin, baru kaksher start IF.
Kaksher mula dangan 16:8.
16 jam puasa dan 8 jam makan.


Tetapi.

Dalam 8 jam tu, kau jangan lah makan melantak macam hapa je.
Kaksher mula dengan #sukusukuseparuh.


Bila dah kurang gula dalam makanan yang sebulan kau dok amal tu, memang senang je suku suku separuh ni. Nasi segenggam tangan kau. Bukan tangan suami atau tangan ayah atau tangan boyfriend. Bukan jugak tangan oppa oppa kpop tu.

Kaksher buat 16:8, 3 hari je.
Then dah boleh terus ke 18 jam and next week ke 20:4.
Alhamdulillah sekarang kaksher dah buat OMAD.
Kaksher tak pernah lagi buat EF sebab kaksher rasa untuk badan kaksher, OMAD pun dah ok.

OMAD tu apa? EF tu apa?
Haaaa masuk FB IFM, sila baca.


Lagi sekali.
Jangan malas baca.

Kaksher takde pergi jogging ke berlari ke atau senaman apa apa pun sebab surirumah macam kaksher ni buat kerja rumah pun berpeluh mengalahkan buat konsert 3 hari.


Ok ini the best part.

Kaksher suka makan.
Kalau pergi mana mana pun benda pertama kaksher akan tanya ialah APA MAKAN BEST KAT SITU?

Boleh tengok kat IG Kaksher, penuh gambar makan je haaa
Jom lah follow. Kaksher suka kawan ramai.
Tetiberrr ~


Buat IF ni kaksher makan semua.
Kaksher tak eat clean.


Yes.
Kaksher turun berat badan.
Dari 78kg sekarang dah 64kg.

Inchloss kurang sangat banyak.
Baju lama dah muat balik hoiii


Tetapi.
Slowly lah.
Tak turun mendadak gitu.
Kaksher amik masa lama nak turun sebab kita gemok pun bertahun tapi nak kurus dalam sehari.
Apa halllllll???






Bagi kaksher, kalau kita nak kurus nak diet kita kena enjoy. Kalau tak enjoy asyik lapar je, macam mana nak kurus? Tu kadang ramai yang tak jadi nak kurus. Sebabnya kau lapar.

Tapi kaksher happy.
Sebabnya ialah, kita boleh kurus tetapi dalam masa yang sama kita enjoy makan.

Dengan syarat.
SUKU SUKU SEPARUH.


Bila rasa perut dah penuh, STOP
Bila rasa lapar, minum air dulu.
Kalau still lapar, pegi makan.
Jangan mengada tahan tahan.


SEKALI SEKALA.
Boleh je kau cheatday.

Bila time cheatday, masa ni kaksher akan kira kalori.
Sebelum 1200 kalori, kaksher akan stop.
Melampau cheatday semua manis kau nak makan.





Tetapi.
Haaa tapi lagi.



Lagi bagus korang buat IF dan eatclean dan bersenam.
Turun berat pun cepat.

Kaksher sekarang cerita CARA kaksher.
Sebab kaksher tau korang ramaiiii yang suka makan tapi nak kurus.
Boleh je kalau nak ikut cara kaksher ni.


Takde meal plan.
Korang just kena buat #sukusukuseparuh tu je.

Oh dan dan
Minum air bagi cukup

Macam mana nak tau cukup air?
Korang dahaga je minum
Lapar pun minum
Agak agak 8 gelas air satu hari.
Nak lebih pun boleh tapi berpadalah.


Oh dan dan lagi

Untuk kurus, sokongan orang sekeliling penting selain dari diri sendiri kena istiqomah. Kena jadi anti sosial jugak. Kadang ada je kawan suka makan dok jadi batu api. Dia makan berlambak pun kurus je. Kita ni kadang jalan pun mengah, makan lagilah.

Ideal weight kaksher ialah 45kg.
Tapi rasa macam tak nak kurus sangat.
So target 50kg pun dah ok.
So ada lagi 12kg nak hilangkan.




Kaksher pendek je.
147cm.
Kau bayangkan aku gemok pendek pulak.
Dah macam penguin berjalan.


Eh tapi 2 hari lepas, ukur tinggi kat klinik, tetiba tinggi kaksher 145cm kau rasaaaaa? 
Dah kenapa makin pendek ni? Haih
Lantaklah.
Comel je kaksher
Hahahaha


Ok jap.
Please jangan cakap korang tak tau Intermittent Fasting tu apa.
Pengsan aku.

Comments

Popular Posts